
Bagaimana bina keyakinan packaging untuk produk anda.
Hari ini saya ingin berkongsi, bagaimana packaging produk dapat membantu dalam meningkatkan sale perniagaan anda ke tahap yang maksima. Apakah kesan kepada produk yang menggunakan packaging dengan tidak menggunakan packaging dimasa hadapan.
Setiap tindakan yang dilakukan oleh anda pasti ada “result”. Sama ada result yang anda terima itu bagus, bagus-bagus, biasa-biasa dan setiap tindakan anda pasti ada result. Ramai founder di luar sana masih tertanya-tanya “perlu atau tidak aku buat packaging?”. Keputusan yang berani dan tekad dari anda sendiri membuat packaging produk pasti mendatangkan result yang sangat baik. Jika anda tidak berani untuk membuat packaging pada produk, selalu berfikiran negatif dan takut untuk mencuba, tiada perubahan dan berada ditahap yang sama, level yang biasa. Saya yakin anda juga akan terima result sekadar biasa-biasa, menjadi punca utama perniagaan diri sendiri semakin sendu dan tiada perubahan kearah yang lebih baik.
Saya ingin berkongsikan kepada anda dimana pagi tadi saya menerima maklum balas yang sangat hebat dan baik dari Pn. Zabedah melalui aplikasi whatsapp. Puan Zabedah memberi tahu yang pelanggan dia sangat suka terutama pada rekaan packaging dan produk yang sangat bagus iaitu kuih bahulu. Dari situ, beliau menambah value produk bahulu tersebut dengan packaging bahulu yang direka khas, cantik, berkualiti dan sangat unik hanya untuk melihat orang lain gembira. Kesannya, bila sesuatu produk mempunyai nilai dan packaging yang terbaik pelanggan pasti akan menempah lagi produk anda dalam kuantiti yang banyak atas permintaan yang tinggi.
Saya lah orang yang pertama merasa seronok dan sangat bersyukur kepada Allah S.W.T apabila menerima maklum balas yang sangat baik seperti pagi tadi. Kerana dapat membantu orang lain secara tidak langsung dalam meningkatkan hasil jualan produk bahulu. Hanya membantu tambah nilai pada produk tersebut melalui packaging yang terbaik. “boleh ke boleh”. Ramai orang di luar sana berpendapat bahawa dengan membuat packaging ini merupakan satu beban yang sangat besar kerana perlu keluarkan duit, bajet tidak mencukupi dan kos printing sampai ribuan ringgit. Kenapa perlu ada mind set macam tu ?
Kenapa anda berusaha untuk membuat packaging ?
Kenapa anda mencari orang untuk membuat packaging ?
Berapa harga Packaging dan bila packaging boleh siap ?
Setiap soalan anda mesti bersebab dan kenapa anda mencari orang untuk membuat packaging. Jawapannya sangat mudah, dimana anda menghadapi masalah dalam mempromosi, pelangggan tidak mengenali brand dan produk anda, produk tidak Nampak menarik di pandangan mata pelanggan, hasil jualan merosot dan sebagainya. Hosnee Printing boleh menyelesaikan masalah anda dan membantu dalam menaikan jenama produk anda melalui packaging. Kesannya, pelanggan mengenali produk anda, nama brand anda semakin meningkat naik, pelanggan tidak berkira dengan harga yang tinggi kerana produk anda dilengkapi packaging yang bagus seperti cantik, berkualti, mempunyai value dan memperlihat maklumat produk serta alamat. Secara tidak langsung dapat membantu produk anda terjual dengan banyak dan permintaan yang sangat tinggi dan produk anda dikenali ramai.
Saya memperlihat kesannya sangat positif dan jika anda membaca cerita ini anda perlu bertindak segera dengan hanya upgrade produk yang sebelum ini tiada packaging dan sendu kearah produk yang mempunyai packaging terbaik dan menarik. Ramai founder di luar sana ingin mencapai matlamat syarikatnya. Antaranya, ingin pelanggan lebih kenal produk, ingin pelanggan nampak produk dan brand, hasil jualan meningkat setiap tahun, banyak pelanggan membeli produk syarikat dan sebagainya. Tetapi ramai founder tidak mahu membuat tindakan yang berani untuk upgrade produk mereka yang sendu kepada produk yang mempunyai packaging yang terbaik kerana mempunyai perasaan takut ingin mencuba sesuatu yang baru. Ini sudah jelas akan menjadi punca utama kepada diri anda sendiri untuk tidak mencapai apa jua matlamat anda yang ingin anda capai dalam perniagaan yang diusahakan.
Diakhir perkongsian, saya sangat yakin yang anda tahu packaging produk sangat penting pada masa kini untuk melariskan hasil jualan dan secara tidak langsung dapat menarik minat orang ramai galak dalam membeli produk anda. Nasihat saya anda tidak perlu rasa takut untuk upgrade nilai produk yang pada awalanya tiada packaging kepada produk yang menggunakan packaging dengan rekaan khas dan terbaik. Anda harus hindari segera suara-suara sumbang untuk anda terus maju dan bertindak segera jika anda mahu result yang “bagus-bagus atau luar biasa” dalam perniagaan yang anda jalankan.
Sekian, Terima Kasih.
Ahmad Hosnee (Founder Hosnee Printing)