Latar belakang founder Hosnee Printing Sdn Bhd

Ahmad Hosnee bin Mohd Sulaiman atau di kenali oleh dengan panggilan mesra sebagai Along, adalah anak sulung dari 3 orang adik beradik, Dilahirkan pada tarikh 26hb Jun 1979 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Almarhum Ayahnya Mohd Sulaiman bin Haji Harun seorang angota polis semasa hayatnya dan Ibu nya seorang pesara guru.

Ahmad Hosnee di besarkan di Gombak Setia. Pendidikan awal di sebuah tadika kemas di Gombak Setia. Selepas itu, mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak Setia, dari tahun 1986 sehingga tahun 1991. Menndapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, dari tahun 1992 sehingga tahun 1997. Dan mengambil SPM kedua pada tahun 1998 di Institute Sal di Kuala Lumpur.

Pada Tahun 1999 Ahmad Hosnee telah menyambung pelajaran di sebuah sebuah Kolej Swasta EDI (Entreprenuer Development Institut) di Taman Melawati, Selangor. Menamatkan pengajian pada tahun 2001 dalam bidang Grafik Design dan Multimedia di peringkat Diploma.

Pernah melakukan pelbagai jenis pekerjaan seperti membantu rakan berniaga, jadi pembantu di kedai makan, menjadi budak penghantar surat dan barang, membantu keluarga berniaga kedai makan, pereka grafik dan akhir sekali sebagai visual merchandise artist (display artist) di sebuah pasara MYDIN yang terkenal di Malaysia di cawangan Selayang selama 7 tahun.

Mula berniaga secara serius pada tahun 2010 dan ketika itu masih lagi bekerja. Memulakan perniagaan dan menjadikan rumah sebagai ‘office’. Dari rumah juga Ahmad Hosnee membuat design dan keluar mencari pelanggan dengan menggunakan strategi ‘door to door servis’ sehingga tahun 2013.

Alhamdulillah pada pertengahan 2013, Ahmad Hosnee telah berjumpa dengan seorang pakcik, pakcik tersebut adalah asalnya pelanggan Ahmad Hosnee. Pakcik tersebut menawarkan kedai nya kepada Ahmad Hosnee. Sebagai bayaran untuk peralatan di dalam kedai tersebut, Ahmad Hosnee membayar Rm5000 kepada pakcik tersebut.
Pada tahun 2013, kedai tersebut Ahmad Hosnee telah menyewa di bawah Majlis Perbandaran Selayang, dengan kadar sewa Rm250 sahaja. Ahamd Hosee di bantu oleh isteri di kedai tersebut.

Pada penghujung 2103, Ahmad Hosnee telah mengikuti kelas perniagaan buat pertama kalinya. Alhamdulillah perniagaan semakin baik selepas mengikuti kelas tersebut.

Ahmad Hosnee konsisten dalam mempelajari ilmu perniagaan dari Seminar dan buku. Pada tahun 2015 Ahmad Hosnee telah mengambil seorang pekerja untuk membantu dalam kerja grafik design. Dari 2015 sehingga kini (2019) ramai staff yang bertukar ganti.

Banyak cabaran Ahmad Hosnee lalui sepajang beliau menjalankan perniagaan. Itu semua adalah sebahagian dari cabaran yang patut seorang usahawan lalui.

Hari ini pada tahun 2019, Hosnee Printing di bantu seramai 2 orang pembantu, seorang grafik designer dan seorang production. Isteri Ahmad Hosnee membantu dari segi pengurusan, dan Ahmad Hosnee membuat kerja-kerja marketing, sales dan strategi.

 

Resepi bagaimana Hosnee Printing dapat bertahan sehingga hari ini adalah foundernya Ahmad Hosnee komited mahu berjaya dan teruskan belajar.