3 Perkara Penting Kenapa Perlu Ada Kotak Packaging Jenama Sendiri

Zaman serba canggih ini, ramai pemilik bisness atau bisness owner mahu produk mereka kelihatan lebih bagus, cantik dan menarik. Ini untuk menaikan jenama dan meningkatkan jualan.
Pelbagai teknik marketing yang dilakukan seperti buat iklan di facebook, Instagram dan banyak lagi. Semata- mata untuk memikat hati pelanggan mereka dan melariskan produk.
Membuat  kotak packaging berjenama sendiri juga boleh membantu memikat hati pelanggan dan seterusnya menaikkan jualan syarikat anda. Ada ramai yang sudah buat begitu.

1. VALUE dan NILAI
Nilai sesuatu produk juga bergantung pada rekabentuk dan design pada kotak packaging.
Pentingnya memilih konsultan yang betul untuk bantu anda memilih kotak packaging, akan membantu meningkatkan jenama dan jualan anda. Dan pelanggan akan rasa produk anda berbaloi di beli.
Banyak bentuk kotak yang boleh digunakan untuk menaikkan value produk anda. Antara bentuk yang ramai orang guna seperti :

  • Top & Bottom Box
  • Sleeve Box
  • Pizza Box
  • Cake Box
  • Open Lid box
  • Lock bottom box
  • Combo box

Jadi sangat penting memilih konsultan yang betul untuk bantu anda mencari kotak packaging yang sesuai.

2. MENINGKATKAN JUALAN
Banyak sudut boleh di kita tengok bagaimana kotak packaging boleh naikkan jualan.
Disini saya bagi satu contoh, KOTAK KOMBO. Kotok kombo akan membuat pelanggan beli lebih dari satu produk anda, biasanya kotak kombo boleh di reka untuk dua, tiga dan lima produk dalam satu kotak packaging.
Kotak kombo ini biasa di reka untuk produk seperti kosmetik dan makanan ringan (kudap-kudap)

Untuk lebih lanjut, boleh tanya dengan konsultan anda.

3. MEMUDAHKAN ANDA MEMBUAT PEMASARAN / MARKETING
Pada kotak akan ada logo anda, Ini akan membantu pelanggan nampak dan mudah kenal brand dan jenama anda.
Bila ramai pelanggan nampak dan sudah biasa dengan jemama anda. Lebih mudah untuk buat pemasaran-pemasaran lain seperti, Billboard, Fb Ads, iklan radio dan banyak lagi.
Alamat dan nombor telefon juga ada pada kotak packaging. Ini akan membantu memudahkan pelanggan dan bakal pelanggan untuk mencari anda. Ini akan menaikan jualan anda.

Sila lah hubungi konsultan anda untuk bantu memilih kotak packaging yang sesuai. Boleh hubungi kami sekiranya anda ada pertanyaan dan soalan berkaitan kotak packaging. 

Hosnee Printing Sdn Bhd
No 11, Jalan Brunei Utara, Off Jalan Pudu,
55100 Kuala Lumpur
Telefon : 012-596 0040
Email : hosneeprinting@gmail.com
Laman web : www.hosnee printing.com.my